jalan2 ke kuantan ,Mesramall seharian memang terbaikkkk!!!

   


       Oit2,bangun2 da pagi da ni kengkawan . Semalam tercipta satu sejarah dimana buat pertama kali nya aq dan sahabat2 yang baru dalam semester ini pergi ke Mesramall, negeri Kuantan dan selama seharian . Kami bertolak around 8-9 pagi dari kuala terengganu .Sebelum itu , kami mengambil 2 lagi sahabat kami sebelum memulakan perjalanan kami ke sana . Setelah mengisi minyak kedalam tank  dengan jumlah Rm30 ,sememangnya keta VIVA itu ternyata selesa untuk kami ber ''EMPAT'' . Kendian , kami pun mula memecut laju dengan aq sebagai pemandu pelancong nya . haha , buat pertama kali terasa diri ini begitu berharga . 


       Perjalanan ke Mesramall mengambil masa selama 2 jam dengan kejauhan nya 60 -78 km . Agak-agak dalam 30 batu la jauhnya . Rasenya la kot , tapi sememangnya terasa amat seronok dengan puasnya kami berjaya juga sampai ke sana .Sebenarnya dari Sem lepas lagi kami berpakat hendak kesana tetapi disebabkan jurang masa dan jarak yang xmengizinkan ,oleh itu terpaksa la dibatalkan saja . Alangkah sedih nya tatkala itu , wayang yang dihajati masih TUTUP dan akan buka semula jam 2.30 pm . Atas cadangan aq dan kwn2 ,kami tekad nak mengambil keputusan untuk berjalan pula ke ''kuantan'' . Memang agak menggilakan rancangan ini kerna ini pertama kali juga sahabat kami ''Nur fatin '' itu memandu sejauh ini . Terbukti diri nya sangat kuat dan mampu untuk mengatasi tekanan dan penat dalam memandu sejauh 500 km ulang alik .


     Sesampainya ke kuantan ,destinasi pertama yang dituju dari kuala terengganu adalah berjaya Megamall .Kompleks membeli belah terbesar dan best selepas East Coast mall . Kami memilih untuk melihat cerita hantu pada mulanya '' a women in a black shadow '' tetapi cerita itu sudah pun ditayangkan . Jadi kami terlepas dalam 30 minit jalan cerita nya .Akhirnya memilih untuk melihat arahan KRU Studio's ''Cinta kura -kura '' . Cerita yang mengisahkan tentang cinta seorang laki dan perempuan dengan bantuan si kura-kura ini agak menyeronokkan dan menghiburkan . Kawan2 aq melihat dengan penuh khusyuk dan seronok sekali . Siap dengan hilai tawa dari kami berempat . Kendian kami beralih pula ke aida ''nasi ayam '' .Dengan harga sekitar Rm 5 sorang ,bolehla dikira dalam mengisi perut kami yang kelaparan tahap maksimum . Akhirnya ,kawan aq mula berjalan2 didalam kompleks dan membeli serba sedikit baju untuk dibawa balik ke kuala terenggganu .Lagipun , bukan senang nak berulang alik dan dapat peluang untuk kesana lagi lepas ini . 


bersambung di part 2 : Perjalanan seharian ke sekitar Kuantan dengan  '' Kami Berempat ''


 ~ kay
 ~ Fatin 
 ~ Afi 
 ~ Tina 

Ulasan

Catatan Popular