#teguranutkPTD2016

korang nak jawab soalan exam PTD 2016 kan?

''ASSALAM''

Entri kita pagi ini dimulakan dengan bismillah . Okay ! lets straight to the point yaa . Aku rasa Kerajaan Malaysia pimpinan Abe Najib haruslah adil dan telus dalam pemilihan peserta SPA 2016 . Bukan apa aku sendiri dah mengalami kemurungan dan ''down'' disebabkan temuduga yang bangang diadakan SPA dulu . Dengan interview dia daripada Jab.Keb.Masyarakat yang tak layan langsung aku cakap dan duk membebel dekat depan dia . Walaupun aku tahu yang aku takkan dapat pun melainkan aku guna ''kabel'' yang berunsurkan orang dalam kerajaan . Hmm , macamana la ''fresh graduate'' nak dapat tempat dalam kerajaan kalau cara ''cantas mencatas'' orang guna kabel ini nak pupus?

Kerajaan pun kurang cerdik juga , sepatutnya tapis semua peserta dengan adil adil! bukan dengan panggil tanpa sebarang keyakinan nak ambik pun . Buang masa dan harapan kami semua sahaja .

Aku rasa dan yakin yang kita semua ''fresh graduate'' memang patut kerja sendiri . Dan diharapkan janji kerajaan Najib yang penipu nak bagi bantuan mudah kat kami siswazah ini betul la jadi .

Bila marah , kata kita nak jatuhkan dia . Pelik-ii . Ini suggestion aku pada Abe Najib dan Menteri Pengajian Tinggi

1. Nilai dan kaji balik kos kos berlambak kat IPTA dan IPTS tu . Jadikan selari dengan kehendak pasaran supaya tak ramai yang menganggur dan kerja part time setengah mati sedangkan korang duduk jadi menteri elaun beratus ribu dan makan duit rakyat guna kuasa tu .

2. Apa guna dengan duit negara yang beribu ribu kalau korang takleh nak realisasikan janji yang korang bagi bantuan utk kami buat bisnes sengal ? kalau itu pon orang bawah korang nak makan ? aku pun taktahu setamak mana lagi korang ni .

3. tolong la student student yang berlambak dekat Malaysia ni. Takkan nak tipu tentang duit yuran yang tinggi setiap sem dan duit makan yang tak cukup sebab harga barang mentah disebabkan KO juga Abe Najib dan Mat Maslan . Cakap senang la korang menteri gaji berapa ? kemudahan berapa puluh ribu dah korang dapat ? ada korang susah ka ?

4. Selagi korang tak bersihkan diri korang dengan rasuah , berhentilah nak jadikan malaysia negara aman dan bebas rasuah . Janji tolong dicapati sangat , meluat da rakyat .

5. Ni bukan entri politik kotor , cuma teguran daripada seorang student yang ditindas . Tu ja :)



Yang Benar 
_____________
(mohamad khairul)

Ulasan

Catatan Popular