BERITA : TSUnami di jepun (latest)










TOKYO 12 Mac - Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat. - dipetik daripada Reuters


KUALA LUMPUR 11 Mac – Kedutaan Malaysia di Jepun sehingga pukul 9 malam ini tidak menerima sebarang laporan mengenai rakyat negara ini yang cedera atau terbunuh dalam gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu hari ini.


GENEVA 11 Mac - Tsunami besar yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat di Jepun hari ini mencecah paras yang boleh menenggelamkan sesetengah pulau di kawasan Pasifik.

Ulasan

Catatan Popular