'' Datuk '' Karam sigh walia


KUANTAN, 24 Okt (Bernama) — Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar mendahului senarai penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang ke-81, Isnin.

Sultan Johor menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK).
Seramai 15 orang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Datuk Seri”, lima menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 20 menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 100 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang masing-masing membawa gelaran “Datuk”.

Penerima SSAP ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung; Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd Datuk Mohamad Salleh Ismail; Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Datuk Mohamed Apandi Ali; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman; Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulung.
Panglima Operasi Udara Left Jen Datuk Ackbal Abdul Samad; Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin; Pengarah Arctiquator (M) Sdn Bhd Datuk Sunny Ung Eng Huat; Pengarah Eksekutif Syarikat Sarawak Pulp Industries Sdn Bhd Datuk Ibrahim Mahmud; Pengarah Urusan IRDK Group Of Companies Datuk Dr Ramasamy a/l Muthusamy.
Pakar Perunding Kanan Traumatologi dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Prof Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Subahan Kamal; Datuk Chin Seak Huat dan Pengarah Kiara Jujur Sdn Bhd Tan Kooi Chew.

Lima penerima darjah SIMP ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Paul W. Jones; Timbalan Panglima Tentera Darat Lef Jen Datuk Wira Zulkifli Zainal Abidin; Ahli Lembaga Disiplin UMNO Datuk Mohd Zihim Mohd Hassan; Pengerusi Dr Mohamed Mydin dan Rakan-Rakan Sdn Bhd Datuk Dr Mohamed Mydin Mohd Musa dan Prof Ulung Universiti Malaysia Profesor Dr Looi Lai Meng.
Antara penerima DSAP ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Noriah Kasnon; Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek; Anggota Dewan Undangan Negeri Tahan, Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Mazlan Mohamad; Pengarah Kesihatan Pahang Dr Nooraini Baba; Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera Malaysia Left Jen Datuk Pahlawan Abd Razak Md Yusoff; Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Jamil Osman; Panglima 8 Briged Mejar Jen Datuk Abdul Rahim Mohd Yusuff; Pakar Perunding Perubatan Kanan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Datuk Dr Sapari Satwi; Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman dan peniaga Datuk Chan Ang Ngan.
Bagi darjah DIMP, antara penerima ialah Ketua Penolong Pengarah (Latihan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Datuk Paramasivam a/l Arunasalam; Ahli Dewan Negara Senator Muhammad Olian Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Haris Wong Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Huzir Mohamed dan penyanyi serta penggubah muzik Syed Mohd Sobri Syed Kechik.

Seramai 27 menerima darjah Setia Ahmad Shah Pahang, 57 (Setia Mahkota Pahang), 69 (Ahli Ahmad Shah Pahang), 175 (Ahli Mahkota Pahang), 126 (Pingat Khidmat Cemerlang), dua (Pingat Gagah Perwira), 153 (Pingat Kelakuan Terpuji ), 264 (Pingat Jasa Kebaktian).
Pengamal media iaitu wartawan penyiaran Eksekutif Kanan TV3 Karam Singh Walia menerima DIMP yang membawa gelaran Datuk manakala Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Rubiah Mohamed dianugerahkan AMP.
Majlis penyampaian anugerah pingat dan darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.
– BERNAMA

Ulasan

Catatan Popular