#triptopenang


Rajah 1 : Keadaan di sekitar hotel yang didiami 
Rajah 2 : Dua makhluk yang sedang berehat di RNR Tapah


Assalamualaikum , alhamdulillah sampai juga kawe ke Negeri Pinang yang indah nian ini.Bertolak dari KL jam 2 petang ++ sampai dalam jam 8 malam ++ . Berhenti memang berapa kali juga laa , kebas punggung memang tak terkira dicampur dengan air hujan yang turun renyai renyai. Basah baju memang lumrah biasa bagi si penungang. Aku tak sangka Penang ni lagi jauh daripada Segamat , haha.Aku memula tu give up la juga bila dah setengah perjalanan , tapi sebab seronok nak rasa konvoi ku gagahi juga. Apa apa pun , persiapan 
memang kena tough la juga . Antara checklist yang aku buat :


1. check ''weather forecast'' sebab takut hujan , so baju hujan bawa je takut incase
2. servis moto itu wajib bukan main main da . minyak hitam , tayar ada bunga ke tak ?
3. bawa duit secukupnya even bukan bayar tol pun , sebab minyak dalam 4 kali kena isi full tank sekitar RM 6 lebih.
4. baca DOA sebelum naik kenderaan itu perlu dan betulkan niat nak pi destinasi yang dituju tu.
5. makan asam rasa rasa ngantuk atas jalan tu. bukan terlelap sekejap boleh mengundang padah.

itu sahaja tips yang tak seberapa yang aku boleh bagi . bukan pandai sangat pun nak bagi talks ni.


Yang Benar

____________

(mohamad khairul)




Ulasan

Catatan Popular