Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca. Hari ni aku nak ckp sikit pasal pembubaran parlimen yang baru baru ni dibuat DSN kite. Alhamdulillah memang bagus sebab pakat dok tunggu kan tarikh semua. Mengundi PRU 14 2018 penting ke ?

Bagi aku penting sebab undi pemimpin yang lebih adil dan membawa panji islam tu satu kefardhuan. kenapa kefardhuan ? sebab yang nak jaga amanah allah dan mentadbirkan negara dengan adil dan saksama perlu yang adil juga kan mcm saidina umar al khatab r.a (pemisah kebenaran dan kebatilan)

... bila cakap soal adil ni payah sikit sebab bagi aku mana mana Parti Politik yang memerintah tu semua ada kebaikkan dan keburukan. manusia memang tak lepas dari kesilapan kan.

cuma bile bercakap rintihan rakyat marhaen cm aku sepanjang Better Nation memerintah : harga barang lepas gst naik , tol naik , harga minyak sistem apungan pn tak konsisten penurunan nya, bantuan sme untuk graduan tak sesenang yang dihamburkan atas pentas, peluang anak muda nak masuk jdi menteri kurang , spa punya peluang nipis , harga rumah meningkat dan bla bla...

scara langsung , kite boleh nampak mcmana potensi Better Nation ni pimpin. jadi bukan nak jatuhkan kerajaan ke apa , cuma rasa bagi peluang parti lain memerintah pulak. kita tgk , kalau teruk lepas 5 tahun kite perintah la balik kan. 

bagi aku rakyat miskin ni senang je manifesto :

1. Nak kerajaan hamba & zuhud yang letakkan Islam tinggi sebagai agama rasmi bukan di atas kertas sahaja tapi pelaksanaan ny yang berperingkat-peringkat hingga menyeluruh

2. utama kan rakyat yang berpendapatan rendah, golongan kaya tak perlu diambil berat dah , contoh gst. semua kene tak kira miskin ke kaya. 6% untuk orang miskin tnggi kalau dibandingkan orang kaya. turunkanlah 2% ke 1.5% dulu ke. tgk rakyat punya pendapatan jugak. rata rata masih minimum gaji rm1000. 

3. gaji minimum rm1500 tu alhamdulillah boleh hidup sikit biarpun takat hidung juga. kurang2 tolak epf sokso bagai tinggal dalam rm1200 lagi. sekarang brg mahal, rm50 pun bole bawak berapa byk barang sgt tak sampai 2 3 je... 

4. tol tu kalau kat area cm kl ke selangor ke kurang2 kan lah. baru kuar tol tak sampai 10km dah ada. acaner... mau tak mau kene ikot juga. sehari abis rm30-rm40 ulang alik balik keje. kalau sebulan bekerja rm40 x 30 = rm1200 tu. bayar kete lagi , minyak lagi , rumah sewa. bukan bebel , cume kene tgk pada angka la . cmne nk idup cmtu. 

....awk awak yang marah kami bising tu takpala gaji cecah rm10k-20k sebulan. tak termasuk elaun perjalanan , makan , tido semua la. jimat lagi duit basic tak kene kacau. 

5. lrt tu bagi la potongan 50% harga tiket untuk golongan yang pendapatan rendah b40. bawah rm2000-rm3000. nak kami gune lrt , jimat duit tapi cekau kat harga tiket pulak. tapi bile ade event tau pulak harga murah. haih,,,

6. ptptn tu boleh kire kalau nak kami bayar. tapi kalau rata rata sebulan rm200 mana nak cekau kalau gaji pn rm1200 sbulan. bukan kami tak nak bayar atau bagi alasan. kurang kurang bagilah gaji ikut gred kami belajar ni tak , sebab kami takda experience gaji mula bawah balik. haihhh,,

7. kaedah birokrasi dalam nk apply keje contoh spa tu kurang kurangkanlah. penat nak isi itu ini ,,tapi bile pi intbiu tak tercalon pun. letak satu jawatan kuata sikit sgt , acanerr nak bantu belia grad nk dapat keje???

8. tolonglah kaji balik kos kos kat UNIVERSITI yang takda kebolehpasaran ni. hapuskan terus. kalau setakat belajar untuk penuhkan UNIVERITI ni ase takpayah kot. sebab nk penuhkan kuata kami yang akhir nya jadi mangsa. bukan senang juga apply keje kalau kene kos yang merepek. 
bukan tak syukur , tapi tlg la KAJI balik. bukan senang tau!!

9. boleh tak buat mini parlimen belia , bagi belia masuk dalam pentadbiran kerajaan scara menyeluruh bukan yang ada kabel atau yang kenal kenal orang dalam ni. buat la satu jawatankuasa belia dalam unit jabatan perdana menteri bagi belia pewaris bangsa ni join sekali, bukan setakat laung laung kita sayang belia bagai. 

10. jumpelah penduduk bagi yang dilantik tu , janganlah sombong tinted kete hitam lalu jalan sampai kene escort stkat p makan takyah kot. kami rakyat ni yang mengundi bukan ke ? awk kene undi sbb kami bukan awk menang sendiri . awk dapat jawatan sombong trus. pastu bile nk pilihanraya awak ade pulak kat depan tv. selama ni p mana ? hahah. 

11. Upgrade la sistem hospital yang menunggu tu. tlg la fokus kat servis rakyat bukan keje nk kejar nak cipta macam macam sebab nk buat landmark org ingat bile pegang Malaysia ni. sampai org tue tunggu mcm nak amik duit brim dah.untuk byaran seringgit tu alhamdulillah. tanggungjawab awak kan pegang negara untuk sediakan kpd kami. bukan mengungkit. 

12. semak balik kemasukan warga asing yang berlambak ni . jangan sebab ade kepentingan polittik awk biarkan maruah anak muda tergadai ,masalah sosial meningkat , awk nak ke anak cucu awk kawen org bangla , nepal , mynmar ?? pikir la. bukan kami belia tak nak kerja dangerous bagai tapi takde peluang. 

13. itu je permintaan saya sebagai rakyat miskin ni. semoga menang semua nya. yang penting ISLAM diatas,

Ulasan

Catatan Popular