Aku rasis atau kau?




Salam perpaduan Malaysia .

.
.
.

Menjelang hari kemerdekaan yang ke – 62 Malaysia dikejutkan dengan pelbagai isu-isu yang melibatkan sentiment politik dan perkauman. Antara isu yang tular di media sosial kini adalah berkaitan dengan bendera Malaysia yang dipasang secara terbalik. ‘’ Terbalik ? ‘’ iya , sememangnya itu perkara biasa jika roh semangat cintakan Negara tiada dalam diri. Bendera Malaysia merupakan lambang dan identiti kita sebagai wargaNEGARA yang berhikmah. Malaysia merupakan sebuah Negara yang disegani ramai tidak kira didalam mahupun di luar Negara sehingga diberikan jolokan negara kecil tetapi sangat aman untuk didiami dan mencari sesuap nasi. Kerana apa Malaysia terkenal ? Adakah sebab hutan hujan tropika nya yang hijau merimbun dan menyedapkan mata sesiapa yang melihat dan merasai nya ? atau sebab Malaysia ini sebuah negara yang kurang isu perkauman dan pembunuhan melibatkan kaum seperti negara negara lain???

.
.
.

Iya sememangnya Malaysia terkenal kerana kepelbagaiaan kaum yang sentiasa bertoleransi antara satu sama lain. Itulah keunikan bumi bertuah Malaysia ini. Dengan toleransi kaum ini lah Malaysia dihormati dinegara luar. Tapi mutakhir ini , pelbagai isu yang melibatkan perkauman mula meresap kedalam rakyat Malaysia. Bermula daripada kes pembunuhan kejam Muhammad Adib , Syed Danial , kemudian tulisan jawi , penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaungi Yang Dipertuan Agong dan kemudian  isu matrikulasi yang diminta dibuka untuk bukan melayu dan juga Universiti Teknologi Malaysia. 

.
.
.


Sekiranya semua rakyat memahami perlembagaan Malaysia yang telah termaktub peraturannya barangkali tiada isu seperti ini terjadi. Sebagai sebuah kerajaan yang memimpin tindakan sekeras nya harus diambil bagi menangani isu isu seperti ini bukan nya hanya tuju kepada pendakwah bebas Dr.Zakir Naik sahaja. Beliau cuma memberikan pandangan dan penerangan tentang konsep perbandingan agama sahaja. Jadi salahkah andai menyebarkan kedamaian itu ? ISLAM bermaksud sejahtera kepada semua. Hanya segelintir pihak yang takut dengan kebenaran yang dibawa Dr. Zakir Naik terus menggunakan kuasa yang ada untuk menutup mulut beliau daripada terus berceramah di seluruh negara.

.
.
.

Apa kah kaitan ceramah beliau dengan kaum ? Hanya sekadar memberikan perbandingan agama dan terpulang kepada individu tersebut samaada menerima atau pun sebaliknya. ISLAM kan agama rasmi persekutuan dan adalah tidak salah andai kita menyebarkan dakwah islam yang mengajak kearah penyambungan silaturrahim antara islam dan bukan islam. Anda tidak tahu menahu tentang ISLAM dan bercakap seolah pejuang agama sedangkan agama yang anda anuti tu berbeza dengan ISLAM. Memberi pendapat tidak salah cuma jangan gunakan kuasa anda sewenangnya.

.
.
.

Bukankah ISLAM itu rahmatan lil alamin ?
…….


Kita adalah keluarga Malaysia . We are Malaysian Family. Melayu , Cina India dan Kaum-Kaum lain adalah serumpun dan adik beradik yang dah lama bersama. Sebarkan keharmonian dan perpaduan ! Kita tolak politik perkauman dan NO to Racist!!!!

Ulasan

Catatan Popular