Anda struggle tak time pkp 3.0 ini ?
Malaysia sekarang berada dalam gaya norma baru kehidupan. Semenjak dari pkp 1.0 hingga 3.0 rakyat ditimpa dengan segala macam musibah. Dari penyakit berjangkit seperti Covid-19, pengangguran, beban kewangan dan pematuhan SOP dan pelbagai lagi. Kini hampir 2 tahun, negara masih berjuang dengan pandemik Covid-19 ini tanpa berkesudahan...
Ramai orang yang mula terkesan dengan kesan daripada Pkp 1.0 hingga 3.0. Kesannya, peningkatan masalah mental dalam kalangan masyarakat, kes pergaduhan dalam perkahwinan dan pengangguran yang semakin membimbangkan...Jadi jika perkara ini berlanjutan, bagaimanakah kesan masa akan datang ?
Bagaimana semua ini bermula ? Bagi aku, smua ini bermula sejak dari Pkp 1.0 di mana keadaan sewaktu pandemik semakin menurun dan menghampiri kejayaan. Secara tiba-tiba...disebabkan kerakusan dan ketamakan ahli politik yang bodoh, pilihan raya di Sabah dijalankan.... BOOMMMMM!!! Kes naik kembali dan ahli politik masing masing menuding jari pada rakyat yang tak tahu apa apa. Mula lah episod menyalahkan rakyat kerana tak menjaga SOP yang telah ditetapkan.
Rakyat mula bengang dengan keadaan, ada yang takde duit nak makan... ada yang hilang pekerjaan dan gaji dipotong begitu sahaja...Jadi siapa sahaja yang tak bengang dengan keadaan semakin gila macamni...?
Bersambung nanti....
Ulasan