hidup ini perlu kan pengorbanan, tanpa pengorbanan hidup takkan bermakna , xkira dari sudut cinta mahupun agama ...

manusia kini lebih menekankan isu cinta dalam setiap aspek hidupnya ...walaupun dikekang jangan bercinta pada usia muda , tapi demam cinta dan gelora nafsu menjadi nombor satu sekarang dalam pemikiran anak muda . Tanpa wanita / lelaki hidup mereka tidak sempurna masakan mereka masih dibangku sekolah lagi . Tanpa malu dan segan , mereka melanggan hotel murah dan bajet hotel disekitar tempat tinggal bagi melampiaskan nafsu mereka yang bergelora dan sudah tidak boleh dibendung lagi. Kemudian , anak2 yang dilahirkan menjadi mangsa , wanita yang sudah memberi maruahnya mula tiak keruan apabila ditinggalkan lelaki yang ''dicinta'' pada usia dan waktu yang tidak kena.Manusia kini yang bernama ''lelaki'' mula mengambil kesempatan diatas kelemahan dan sikap penyayangnya seorang wanita itu. Mereka sudah melupai apa yang ditinggalkan Muhammad S.a.w sewaktu khutbah wida nya yang menggariskan keperluan lelaki dalam mengangkat martabat wanita di peringkat yang paling tinggi . Mereka seharusnya meneruskan wasiat Nabi kita yang dicintai nya ini . Bukan merobek dara dan cinta yang diberikan wanita kepada mereka. Untung kerana lelaki tidak mempunyai dara yang hanya 1 tetapi banyak teruna nya bagi sangkaan mereka. Oleh itu , masyarakat harus mengambil langkah bijak dalam menangani isu2 ini . Antara pendekatan yang boleh digunakkan adalah :

- mengehadkan waktu menonton tv dirumah 
- pendidikan rohani yang lengkap dirumah
- menjaga sumber pemakanan yang halal dan bukan drp sumber yang haram
- meluangkan masa bersama anak2 mahupun bergurau senda dengan mereka
- tegas dalam mengekat kebebasan mereka daripada menjadi yang terlampau
- biarkan mereka merasakan diri mereka seperti ''katak dibawah tempurung '' 
- ajarkan nasihat dan teguran yang berterusan selagi mana mereka masih hidup kerna anak2 sangat memerlukan nya.

p/s : pendidikan agama adalah yang JALAN yang terbaik dalam membendung gejala sosial dikalangan anak muda yang semakin membimbangkan kini . wallahualam ~

Ulasan

Catatan Popular