~2 hero dan heroin~

     2 pemangkin kehidupan ku dari aku dilahirkan sampai aku meniti dewasa kini.Mengapa mereka dijadikan 2 pemangkin utama ku?bukan nya 1 shj?tak lengkap andai 1 sahaja pemangkin digunakan tanpa menggunakan yang satu lagi. Siapa mereka?rakan?teman wanita?adik beradik?Tettttttt!!!! salah...mereka semestinya.Puan rabiah binti mohamad salleh dan Encik mohamad sabri bin mohamad yusof.Antara perkara2 yang dilakukan mereka yang aku masih teringat kan adalah :
  • Sewaktu aku dilahirkan , 2 permata ini yang menyambutku dengan senyuman yang panjang lebar dan tawa riang.Ayah mengazankan ketelinga ku dengan suara yang sebak2 bersyukur dengan pemberian tuhan yang maha esa ini.
  • sewaktu aku meniti usia kanak2 ,mereka menjaga ku,mereka tidak lena tidur andainya aku digigit walupun seekor nyamuk yang kecik.
  • sewaktu aku gembira ,mereka bersamaku berkongsi kegembiraan,tatkala aku menangis hiba,mereka peneman aku yang setia tanpa mengeluh sedikitpun untuk menceriakan diriku ini.
  • Sewaktu aku demam panas yang sangat teruk djh 2 merah (ibu mendukungku ke klinik dengan hanya berjalan kaki sejauh 1km).
  • sewaktu aku meniti usia keremajaan,mereka yang menjadi pengajar kepada kancah2 keremajaan diluar sana.
  • tak terungkap seberapa banyak banyak lagi pengorbanan mereka terhadapku lagi.Aku amat mendoakkan kesejahteraan dan kepanjangan umur mereka sampai bila2.AMIN~
jikalau mereka tiada didunia ini, takkan berdirinya lagi aku disini seteguh ini .wallahualam!

Ulasan

Catatan Popular