Siapa Umar Al khattab?
Nama : Umar bin Al khattab bin Nufail b Abdul Uzza
Gelaran : Al -faruQ [pemisah antara yang hak dan batil ]
Jawatan : khulafah ar -rasyidin ke - 2
Tempoh jawatan : 10 tahun dan 6 bulan
Sebelum kedatangan islam,beliau seorang yang amat kejam dalam
menjalani kehidupan sehariannya.Contoh :
- Membunuh anak perempuannya sendiri kerna mempercayai kepercayaan masyarakat jahiliah dimana anak perempuan hanya membawa 'sial'.
- Antara orang yang terkuat menentang ajaran Islam.
- Pernah mengetuai puak dalam usaha untuk menghapuskan Rasulullah S.A.W
- Menampar adiknya sendiri ketika beliau terdengar Adiknya membaca ayat2 suci al-quran kerna sifat bencinya terhadap ajaran islam.
Selepas kedatangan islam , beliau seorang yang amat pemurah dan tegas dalam menegakkan islam,
Antara nya :
- Secara terangan2 an memberitahu penduduk makkah ,beliau telah memeluk islam,dan mengatakan sesiapa yang hendak menentangnya silalah mara kehadapannya.Kemudian,ia telah menjadi suatu inspirasi kepada penduduk yang ingin memeluk islam.
- Pernah mencabar pemuda2 quraisy sebelum mara ke madinah al munawarah dengan berkata ~ ''Sesungguhnya aku akan berhijrah ke yathrib(madinah kini),Jika kamu mahu isteri kesayangan kamu kehilangan suami tercinta,anak2 kehilangan bapa juga ibu bapa kehilangan anak2 ,halanglah aku ''
Ulasan